Fenomena air pasang besar sekali lagi melanda Kuala Kedah sehingga air laut mencecah setinggi 2.92 meter, pada awal pagi Selasa.<br /><br />Pegawai Agensi Pertahanan Awam (APM) Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata bacaan paras air laut itu adalah yang tertinggi setakat ini berbanding sebelumnya.
